Hari Terbuka Pi Sibuluh Bersama Komuniti
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 03 Ogos 2019 (Sabtu) pihak Pusat Internet Kampung Sibuluh dengan kerjasama diantara JKK dan juga Biro Wanita Kampung Sibuluh telah menjalankan program bersama sempena Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Sibuluh Bersama Komuniti. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Sibuluh bersama Komunti. Antaranya, Pusat Internet Skio, Pusat Internet Tjg. Bowang, Pusat Internet Krokong, Pusat Internet Bogag, Pusat Internet Serasot dan juga Pusat Internet Kampung Pandan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang sempena Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Sibuluh. Antaranya;
Bengkel Cupcake - Biro Wanita
Peserta: 20 orang golongan surirumah
Tujuan: Mempelajari kaedah pembuatan cupcake sekaligus bertujuan untuk menjana pendapatan sampingan.
Beyblade Battle - Belia (Sekolah Rendah)
Peserta: 30 orang
Tujuan:
Mengurangkan ketagihan "gadget" dikalangan belia terutamanya dikalangan kanak-kanak bawah umur.
Memupuk semangat kerjasama dan juga bersaing secara sihat di antara pasukan yang menyertai pertandingan.
SmartICT ExploreRACE
Berikut antara aktiviti dijalankan:
Tayangan video dan juga ceramah berkaitan kempen Klik Dengan Bijak serta Mobile eWaste
Online quiz (Kahoot.com)
10FastFingers.com
Digital Puzzle
Permainan Klik Dengan Bijak - Copy Paste
Ceramah & Latihan Memadam Kebakaran
Peserta terdiri daripada semua peringkat komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: